script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAIP Peruntuk RM2 Juta Atasi Isu Bekalan Air Di Raub


RAUB - Peruntukan RM2 juta disediakan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku di daerah ini. Pengurus Perbadanan Air Pahang Berhad (Paip) Daerah Raub, Azeri Abdul Aziz berkata, pemasangan paip jenis Mild Steel berkembar dengan ukuran 300 milimeter sedang dijalankan bagi mengatasi kejadian paip pecah yang mengakibatkan penduduk terputus bekalan air. “Paip sedia ada yang menyalurkan air daripada Loji Sungai Bilut ke tangki utama di bandar Raub adalah jenis Abestos Cement yang berusia lebih 50 tahun. “Disebabkan faktor penggunaan paip lama, kejadian paip pecah sering berlaku hingga menyukarkan pengguna,” katanya. Azeri berkata, masalah gangguan bekalan air dijangka selesai apabila kerja pemasangan paip baru itu siap nanti. Katanya, tahun ini juga ada dua loji air akan dinaiktarafkan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih iaitu Loji Air Sungai Keloi dan Loji Air Sungai Bilut. “Perancangan untuk naik taraf ini diteliti bagi memenuhi permintaan bekalan air bersih yang meningkat setiap tahun. “Kita jangka masalah gangguan bekalan air bersih dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang 2016,” katanya. Beliau juga meminta penduduk setempat agar berhemah dan berjimat ketika menggunakan air bersih bagi membantu ketika bekalan air terganggu. Katanya, sekiranya terdapat aduan atau sebarang maklumat yang berkaitan, bolehlah menghubungi pejabat Pusat Layanan Pelanggan (PULAPEL) menerusi talian  09-5739999. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.