KUANTAN - Dua hotel tidak mempunyai sijil halal di bandar ini dikenakan amaran semalam berikutan mempamerkan iklan berbuka dan bersahur kepada orang ramai tanpa sijil halal yang sah.
Dalam serbuan dilakukan Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri mendapati, sebuah hotel di Lorong Hj Abdul Rahman 1 tidak pernah memohon sijil halal, manakala sebuah hotel di Jalan Gambut pula tidak memperbaharui sijil halal.
Ketua Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, bagi kesalahan itu, pengurusan hotel diberi amaran bertulis dan diarahkan menurunkan iklan serta-merta.
Menurutnya, tindakan tegas itu diambil bertujuan mengingatkan pengurusan hotel bahawa makanan untuk berbuka puasa perlu bersih dan suci.
“Lebih menyedihkan apabila satu daripada hotel itu tidak pernah memohon sijil halal.
Bagaimana mereka boleh menyediakan menu untuk umat Islam yang berpuasa?
“Bagaimanapun, mereka akur dan menerima notis itu tanpa sebarang masalah, selain mengikut arahan menurunkan iklan buffet dipamerkan di hadapan hotel,” katanya, semalam.
Beliau berkata, JAIP akan meneruskan pemantauan dari masa ke masa ke atas semua premis makanan di negeri ini termasuk restoran menyediakan bufet Ramadan.
Noridzuan turut mengingatkan orang ramai supaya membuat pilihan bijak dan berbuka puasa di premis yang mempunyai sijil disahkan halal sahaja bagi mendapatkan keberkatan sempena Ramadan. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
28 minit yang lalu






Baik xyah laporkan kalau xbgtau nama hotel tersebut.. ntah2 dh pernah pergi berbuka puasa kt sana... Nak check hotel mana yg halal atau tak pn payah..knpla nk berahsia sgt ye..
BalasPadam