Beberapa hari lalu, berlaku satu kes kematian mengejut seorang lelaki yang berketurunan India pada zahirnya seperti orang bukan Islam tetapi sebaliknya adalah seorang muslim.
Lelaki tersebut adalah Gabrial Peter yang telah ditukarkan kepada nama Muhammad Gabrial Peter Abdullah dalam lingkungan umurnya 78 tahun.
Identitinya, telah dikenal parti melalui dokumen kad perakuan yang dikeluarkan di negeri Kelantan Darul Naim bagi membuktikan arwah adalah seorang Islam yang juga saudara baru kita.
Allahyarham ditemui mati tertiarap di tepi katilnya di rumah bernombor 82, Taman Sri Dungun. Dan kejadian tersebut hanya disedari oleh rakan kepada anak mangsa, Raja Segaran Ramalingam.
Allahyarham juga sebenarnya adalah bapa kandung kepada penyanyi era 80-an iaitu Francisca Peter yang beragama asalnya Kristian yang terkenal dengan lagu “Sekadar di Pinggiran”.
KeIslaman Muhammad Peter juga difahamkan tidak diketahui oleh sebahagian ahli keluarganya. Beliau telah disahkan peluk Islam pada 10 April 2007 lalu berdasarkan penemuan dokumen kad perakuan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
26 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan