KUANTAN - Dua daripada lima ahli kumpulan yang sebelum ini dituduh di Mahkamah Majistret Kuantan kerana cubaan mencuri mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Indera Mahkota 5, 14 Jun lalu sekali lagi dihadapkan ke mahkamah sama, semalam.
Fairul Azman Abdul Razak, 24, dan K Jivah, 22, semalam, dituduh mencuri lori milik sebuah syarikat pengedar alat kecergasan yang digunakan mereka dalam cubaan melarikan mesin ATM terbabit.
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM4,500 setiap seorang, manakala 21 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh pra bicara kes berkenaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dua rakan itu dituduh mencuri lori bernilai RM35,000 yang diletakkan di tempat letak kereta belakang sebuah premis di Jalan Bukit Ubi, di sini, antara jam 2 hingga 3.40 pagi, 14 Jun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan denda.
Sebelum ini mereka berdua bersama tiga rakan, Iskandar Lai Loi Mee, 26, Mohd Syafuddin Jusoh, 34, dan Hail Lekir Haimi, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan cubaan mencuri mesin ATM.
Mereka dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.
Jivah juga diarahkan bayar ikat jamin sebanyak RM3,000 selepas mengaku tidak bersalah mencuri sebuah kereta jenis Proton Saga di hadapan sebuah rumah di Indera Mahkota 14, kira-kira jam 8.20 malam, 4 Jun lalu.
Dalam kejadian awal pagi 14 Jun lalu, cubaan kelima-lima lelaki itu menarik keluar mesin ATM dengan sebuah lori satu tan gagal selepas perbuatan mereka dilihat beberapa orang awam yang bertindak menyergah dan mengejar mereka sebelum ditahan polis.#sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
27 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan