script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lebih 300 Penduduk Berbuka Bersama Tengku Mahkota


PEKAN - Lebih 300 penduduk Taman Agropolitan Pekan di Batu 8, Lepar di sini diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini. Dalam majlis tersebut, Tengku Abdullah turut berkenaan menyampaikan sumbangan kepada 100 peserta Agropolitan berkenaan dan 32 penduduk tempatan sebagai persediaan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selain berbuka puasa, Tengku Abdullah turut bersama menunaikan solat sunat tarawih bersama-sama penduduk. Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda baginda iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ishak Muhamad; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Khairudin Mahmud. Terdahulu dalam ucapannya, Khairudin berkata, penduduk Taman Agropolitan di sini amat gembira dengan keberangkatan baginda untuk berbuka puasa bersama rakyat. Menurutnya, selain majlis berbuka puasa, Tengku Abdullah tidak lupakan nasib golongan tidak bernasib baik yang diraikan menerusi bantuan Hari Raya Aidilfitri. "Baginda turut berkenan beri sumbangan duit raya kepada kanak-kanak bawah 12 tahun," tambahnya. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.