KULAIJAYA, 31 Julai - Hajat enam sekawan untuk beraya tidak kesampaian apabila lima daripada mereka maut dalam satu kemalangan di Kilometer 21, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam ke arah Johor Bahru berhampiran Senai, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, kenderaan yang dinaiki dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok serta tiang lampu di tengah pembahagi jalan.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, mangsa dipercayai baharu sahaja pulang daripada membeli-belah persiapan raya di Pandan, di sini, berdasarkan beberapa bungkusan plastik mengandungi pakaian baharu ditemui di lokasi kejadian.
"Mereka yang maut adalah pemandu dan empat penumpang lain, manakala seorang lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kulaijaya untuk mendapatkan rawatan.
"Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya. Menurut Zulkefly, mangsa yang maut ialah pemandu, Mohd. Fadzli Mohd. Fakri, 20 dan empat penumpang iaitu Hairul Adham Hamidan, 26; Nazierul Khalies Mohd. Ashari, 19 serta Nor'ain Alias, 23; manakala maklumat seorang lagi mangsa belum diperoleh.
Katanya, mangsa yang cedera parah pula ialah Nor Syarifah Hazwani Bardaidi, 21. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
28 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan