script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

NFC Mahu Kemukakan Satu Lagi Saman Kepada Rafizi !


National Feedlot Corporation (NFC) bercadang untuk mengemukakan satu lagi saman ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, kali ini berhubung dakwaan mengenai pengambilalihan syarikat itu oleh satu firma usahasama Malaysia-Jepun. Dakwaan itu, yang disangkal NFC, menyatakan kerajaan mungkin kerugian sehingga RM163 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan kepada syarikat tersebut, sekiranya syarikat yang mengambil alih NFC tidak menanggung liabiliti syarikat tersebut. “Jumlah saman yang akan dikemukakan nanti kita serahkan kepada peguam untuk uruskan,” kata pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh seperti dipetik dalam laporan Berita Harian hari ini. Jelasnya, artikel yang disiarkan The Malaysian Insider itu menyebut dakwaan Rafizi bahawa syarikat usahasama tersebut, Kirimitonas Agro Sdn Bhd tidak menanggung liabiliti NFC dan hanya mengambil alih NFC. Sedangkan, syarikat usahasama itu sudahpun bersetuju mengambil alih hutang NFC dalam bentuk pinjaman mudah RM250 juta itu, kata Mohamad. Laporan Berita Harian juga menyebut, peguam NFC telah mengemukakan surat bagi meminta penjelasan dari Rafizi, laman The Malaysian Insider dan juga satu lagi portal berita, Free Malaysia Today yang turut siarkan kenyataan Ahli Parlimen Pandan yang juga Pengarah Strategi PKR itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.