BENTA - Penduduk Kampung Peruang, Benta, Lipis meminta pihak berwajib segera membaiki jalan kampung itu bagi kemudahan penduduk berulang alik ke Pekan Benta dan Bandar Kuala Lipis.
Jalan berkenaan yang rosak perlu diturap semula untuk kemudahan pengangkutan termasuk membawa pelajar ke sekolah.
Difahamkan jalan kampung itu dibina sejak penghujung 1990-an dan selepas itu tidak pernah diselenggara sehinggalah laluan berkenaan rosak teruk.
Senario berkenaan menyukarkan pelajar ke sekolah berdekatan kerana setiap kali musim hujan, risiko yang mereka hadapi iaitu melalui jalan berlopak dan lumpur.
Jalan berkenaan juga amat penting untuk penduduk memunggah hasil sawit, getah dan sayur-sayuran di kawasan seluas 160 hektar kampung ini ke pekan Benta dan Kuala Lipis.
Suka saya jelaskan bahawa jalan itu merupakan nadi perhubungan penduduk berulang alik ke Kampung Sega dan Kampung Tat di daerah Raub.
Jalan ke Kampung Peruang juga amat penting untuk menjana pembangunan pelancongan kerana penduduk di sini menjalankan produk makanan iaitu nira gula daripada pokok kabung.
Kerap kali pelawat tempatan termasuk penuntut institut pendidikan tinggi awam (IPTA) kunjungi kampung itu untuk melihat industri desa berasaskan gula kabung malah tempat tersebut juga dipilih untuk projek inap desa. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
26 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan