script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Info Trafik Kuantan, Selasa, 30 Julai (4.00-5.30 Ptg) !!

KUANTAN - Keadaan trafik di sekitar bandar Kuantan semalam dilihat semakin menampakkan kemajuan dari minggu pertama perubahan yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Walau bagaimana pun ada lokasi yang mengalami kesesakan terutamanya pada waktu kritikal iaitu orang ramai pulang dari kerja. Antara jalan-jalan yang sesak ialah Jalan Gambut, Jalan Bukit Sekilau dan sedikit di Jalan Besar. Walau bagaimana pun, kesesakan tidaklah terlalu kritikal hanya sekitar 10 hingga 15 minit sahaja, bahkan lebih rendah dari itu (ketika operasi kami). Tinjaun PDO  pada Selasa diubah ke jam 4.00 hingga 5.30 petang, sebelum ini terjahan kami sekitar jam 3.00 hingga 4.00 petang. Susulan pandangan orang ramai bahawa tinjauan perlu dibuat pada waktu puncak, maka krew kami turun padang untuk memantau. Apapun, jalan-jalan lain seperti Jalan Mahkota selepas lampu isyarat Mahkota Square, Jalan Tun Ismail, Jalan Merdeka, Jalan Teluk Sisek, Jalan Besar, Jalan Penjara dan Jalan Wong Ah Jang senarionya ahak berbeza. Lalu lintas masih kelihatan lancar dan teratur tidak seperti yang dijangkakan. Berikut adalah laporan menyeluruh pemantauan yang telah dibuat oleh krew PDO pada petang semalam. 


Lokasi dari Jalan Mahkota di hadapan Komplek Teruntum, keadaan trafik agak lengang cuma ketika tiba di Taman Kerang depan Bazar Ramadan agak sesak sebab ada lampu isyarat di hadapan. Laluan dari Jalan Bukit Ubi (Shahzan Inn - Maybank - Taman Kerang) juga kelihatan agak sesak dgn kenderaan. Apapun keadaan terkawal dan kesesakan yang berlaku tidak terlalu serius kerana kenderaan bergerak semula sekitar 3-5 minit sahaja. Melepas lampu isyarat, jalan dari Masjid Negeri -Telekom Malaysia - Hong Kong & Shanghai Bank (HSBC) hingga ke bangunan UMNO keadaan terkawal semula. Orang ramai boleh masuk ke kanan di hadapan Hotel Suraya - Hotel Kosma melalu Jalan Teluk Sisek di hadapan Kosmopoint untuk ke Teluk Chemdepak. Laluan hingga ke simpang lampu isyarat Tanjung Lumpur keadaan lalulintas amat lancar dan dalam keadaan yang terkawal.


Lokasi dari Jalan Beserah masuk ikut stesen minyak Shell ke Jalan Gambut. Keadaan lalulintas agak terkawal dan lancar, melalui TNB - Grand Continental - Sek Men St.Thomas. Jalan mula sesak disimpang Wisma Sri Pahang ke simpang lamu isyarat dihadapan Wisma Persekutuan, kerana orang ramai mula keluar dari pejabat untuk pulang ke rumah masing-masing. Kesesakan berlaku sekitar 5-10 minit di situ. Masuk ke Jalan Bukit Sekilau melalui (Pusat Pelajaran Daerah (PPD) Kuantan laluan agak lancar, tetapi lauan dari arah simpang lampu isyarat Tun Ismail (sebelah Kamdar) ke Jalan Gambut agak sesak. Apapun, ia agak terkawal dan beransur-ansur pulih sekitar 5.-10 mini juga. Secara keseluruhannya laluan mula sesak di Jalan Gambut dan Jalan Bukit Sekilau pada waktu puncak iaitu orang ramai pulang dari kerja. Apapun, keadaan tidak terlalu kritikal seperti yang dijangka kerana laluan dibuka dilebarkan di simpang lampu isyarat ke Jalan Bukit Sekilau berhadapan dengan Wisma Persekutuan serta Wisma Sri Pahang di Jalan Gambut.


Lokasi laluan dari Jalan Tun Ismail berhadapan Kamdar - Komplek Belia & Sukan - Berjaya Megamall - Kopitiam Kemaman hingga ke simpang Jalan Beserah, trafik lancar dan terkawal tidak seperti sebelum ini. Jalan nampak tenang tanpa sebarang kesesakan. Begitu juga di simpang dr Sek.Men St.Thomas dan Methodist Girl Scholl (MGS) melalui restoran Papa Rich ke Jalan Tun Ismail. Tiada lagi kesesakan berlaku di situ. Di Jalan Beserah ke simpang lampu isyarat Tanjung Lumpur - Teluk Chempedak juga kelihatan lancar dan teratur tanpa sebarang kesesakan jalanraya.


Lokasi laluan dari simpang lampu isyarat tanjung Lumpur ke Jalan Teluk Sisek, trafik dilihat agak perlahan tapi teratur. Kesesakan berlaku dalam tempoh yang  agak singkat terutamanya berhampiran lampu isyarat Pejabat Kastam. Sementara itu laluan ke Teluk Chempedak dari Jalan Mahkota - Hotel Suraya melalui Jalan Teluk Sisek yang dibuka semula juga nampak terkawal. Jalan empat lorong (Jalan Teluk Sisek) masuk ke jalan dua lorong (Jalan Besar) berhampiran OUB Bank juga tidak terlalu sesak seperti biasa. Aliran trafik kelihatan lancar dan amat baik sekali.


Lokasi laluan dari Jalan Besar berhadapan dengan stesen minyak Shell masuk ikut lampu isyarat ke Jalan Penjara melalui Komplek Teruntum kelihatan amat lancar dan teratur. Malah dari Jalan Penjara ke Jalan Wong Ah Jang juga kelihatan amat baik sekali terutamanya di kawasan Kuantan Parade - UIAM - Sekolah Abdulah. Secara keseluruhannya  kesesakan dilihat berjaya dikurangkan di Jalan Penjara.

[Secara keseluruhannya, laporan lalu lintas untuk hari Selasa (30 Julai) jelas sekali lalu lintas mula stabil dan teratur. Kesesakan yang berlaku di sesetengah tempat seperti di Jalan Gambut akibat kakitangan kerajaan yang mula bergerak untuk pulang ke rumah masing-masing adalah perkara biasa yang tidak wajar dipertikaikan. Malah, sebelum ini kesesakan seperti itu memang berlaku sebenarnya. Apa yang penting, keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Tun Ismail, Jalan Mahkota dan Jalan Besar mula menampakkan perkembangan positif. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) masih terus menerima pandangan dan komen daripada semua pihak dalam memperbaiki segala kesulitan yang berlaku. Namun, masih ada ramai pihak yang mengambil tindakan mudah dengan menghentam dan mengutuk segala usaha yang dilakukan ini. Mereka tidak mahu perubahan kerana bagi mereka ia menyusahkan. Walhal, tempoh percubaan adalah tiga bulan seperti yang ditetapkan dan bukannya tiga hari seperti yang menjadi rungutan mereka. Oleh itu, semua pihak perlu memberikan kerjasama terbaik kerana perubahan aliran trafik ini adalah untuk jangkamasa yang panjang].
Share:

3 ulasan:

  1. Ada ke kesesakan lalulintas di Kuantan sebelum 22 Julai 2013? Yang nampak sesak waktu budak sekolah masuk sekolah, balik sekolah / waktu orang masuk kerja, balik kerja. Itupun berapa minit sangat? Membazir duit rakyat saje gali sini, gali sana sedangkan tidak pernah ada pun masalah sesak lalulintas di Kuantan.

    BalasPadam
  2. Bila masa tak pernah ada ni? Meraban kot? Setiap hari Jumaat bandar Kuantan sesak macam ikan sadin dan juga pada waktu puncak.. hang datang sekali sekala... banyak cakap pulak dah!

    BalasPadam
  3. Biasalah jam sikit-sikit. Minyak murah, kereta ada air-con, ada radio, pasang ja la. Pasai apa kena punah juta-juta ringgit duit rakyat pasai jam sikit-sikit. Kalu tak mau kena jam, bawa moto. Jam macam mana pun boleh lepai on time.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.