script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PRK Kuala Besut: Hampir 78 Peratus Keluar Mengundi !!


BESUT - Selepas proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ditutup pada pukul 5 petang, seramai 13,188 atau 79.76 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Angka itu melepasi sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini yang menjangkakan peratusan keluar mengundi adalah antara 75 hingga 80 peratus. Jumlah pengundi biasa yang layak mengundi di lapan pusat mengundi dalam DUN Kuala Besut ialah 16,534 orang. Secara keseluruhan jumlah pengundi berdaftar di DUN Kuala Besut ialah seramai 17,683 orang termasuk 1,148 daripadanya ialah pengundi awal. Sehingga kini proses pengiraan undi sedang berlangsung di setiap saluran di lapan pusat mengundi sebelum peti undi dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Daerah Besut. SPR dijadual akan mengumumkan keputusan rasmi PRK Kuala Besut pada pukul 10 malam. Ini merupakan pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu. PRK kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN seorang jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman manakala calon PAS Endot @ Azlan Yusof . #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.