script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Perubahan Trafik: MPK Harap Orang Ramai Bersabar !!

KUANTAN - "Kita ada lagi perubahan ... kena ingat, tempoh percubaan belum berakhir.. Kita akan hanya muktamadkan bila kita dapat aliran terbaik", demikian ditegaskan oleh Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato' Zulkifly Yaacob (foto) ketika diminta mengulas rungutan orang ramai berhubung perubahan trafik di bandar ini yang memulakan ujiannya sejak 22 Julai lalu. Sementara itu difahamkan, Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh telah turun padang sekitar jam 3.00 petang tadi untuk meninjau situasi jalan-jalan berkenaan. Beliau telah telah mengadakan sidang media berhubung isu ini di Jalan Gambut. Menurut satu posting di laman Facebooknya, Fuziah mendakwa "Traffic jam di Kuantan. Minggu lepas saya bersangka baik dan mengajak rakyat cuba memahami sistem baru. Tapi selepas 5 hari saya dapati MPK guna cara trial and error. Kejap tutup kejap buka bahagian2 jalan. Dah lah tu. Susah sngat MP nak jumpa. So minggu ni saya akan asak MPK habis habisan diatas segala sifat 'incompetence' mereka". Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zulkifly mendakwa mereka (pembangkang) tak tau kita (MPK) buat perubahan dari semasa ke semasa dalam tempoh percubaan ini. "Malam ini ada perubahan lagi, kita pun guna pakar dari Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kita belum selesai buat kerja dah interupt. Kita kerja dengan segala tenaga dan usaha.. dia (Fuziah) kerja dengan mulut.. memanglah mudah", katanya. "Dia ingat senang nak ubah trafik... Takkan kita nak susahkan rakyat. Dalam tempoh ni, kita akan cuba beberapa pendekatan. Kita nak senangkan orang Kuantan untuk tempoh yang panjang... Dulu kita didesak untuk cari jalan atas kekesesakan. Sekarang, bila kita tengah usaha dia (Fuziah) pula yang ambil kesempatan hentam kita", tambah beliau lagi. Sementara itu, tinjauan krew PDO di sekitar jalan utama dalam bandar Kuantan sekitar jam 3.00 hingga 4.00 petang kelmarin nampak tenang terutamanya Jalan Tun Ismail dan Jalan Mahkota.

Kelihatan keadaan di Jalan Mahkota  bermula dari Komplek Teruntum, melalui masjid negeri  hingga ke Pejabat Pos Besar keadaan trafik adalah terkawal

Terkini, lokasi di Jalan Merdeka dan Jalan Gambut sekitar jam 3.25 petang tadi juga nampaknya terkawal. Kesesakan jelas tidak kelihatan dan aliran trafik lancar 

Terkini, lokasi di Jalan Tun Ismail berhampiran simpang lampu isyarat dari arah Jalan Gambut - Kamdar - Naza World ... Kelihatan aliran trafik agak  lancar 

Terkini, lokasi di Jalan Tun Ismail berhadapan dengan Komplek Belia Dan Sukan. Keadaan trafik agak lancar dan terkawal pada jam 3.40 petang. 

Terkini, jalanraya agak tenang dan lancar sekitar Jalan Tun Ismail berhadapan dengan Berjaya Megamll ke Jalan Beserah. Begitu juga di Jalan Gambut bermula dari Stesen minyak Shell, TNB, Grand Continental hingga ke Wisma Persekutuan 


Lokasi Jalan Gambut, Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh dan petugasnya kelihatan memantau di lokasi terbabit. Difahamkan satu sidang media telah diadakan di situ. Mereka juga berada di Jalan Merdeka untuk membuat tinjauan

[Warga Kuantan perlu sedar, apa yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) adalah untuk kemudahan rakyat sebenarnya. Malah, langkah yang dilakukan ini masih lagi dalam percubaan untuk tempoh tiga bulan. Segala kesulitan dan pembetulan akan diperbaiki dari masa ke semasa. Rakyat wajar memberi idea dan pandangan kepada MPK untuk diambilkira dalam hal ini. Tindakan menyerang dan menghentam adalah satu idea yang tidak wajar kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Mungkin, MPK harus mengambilkira segala komen dan pandangan yang dilontarkan oleh pihak yang berkenaan bagi mempertingkatkan lagi mutu serta kualiti kerja mereka. Kemungkinan besar juga, langkah MPK itu baik untuk rakyat tetapi masanya tidak sesuai kerana menjelang perayaan besar iaitu Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Justeru, pendekatan terbaik ialah duduk berbincang secara ilmiah untuk mengatasi segala masalah ini].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.