KUANTAN - Seramai 30 penerima orang kurang upaya (OKU) daripada Badan Kebajikan Bagi Insan Istimewa (Bakbiis) menerima sumbangan bantuan Aidilfitri disampaikan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) baru-baru ini.
Sumbangan menerusi program Kami Prihatin MPK itu disampaikan oleh Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob dalam satu majlis di bilik mesyuarat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang.
Yang turut hadir, Ahli Majlis MPK, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap.
Pada majlis berkenaan, MPK turut menyampaikan sumbangan tujuh kerusi roda dan dua tongkat kepada ahli Bakbiis yang memerlukan.
Zulkifli berkata, majlis pemberian sumbangan itu adalah kesinambungan daripada program Ziarah Ramadan anjuran Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Jabatan Perancangan Pembangunan MPK.
Pada program berkenaan katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengedar sumbangan keperluan harian iaitu bakul makanan untuk berbuka puasa kepada 200 orang isi rumah miskin di daerah ini.
"Pada tahun ini, pihak MPK memilih kampung-kampung di sekitar kawasan Gambang, Paya Bungor dan Sungai Lembing," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan.
Menurutnya, perbelanjaan untuk bantuan kepada 30 penerima daripada Bakbiis itu disumbangkan oleh badan-badan korporat, syarikat swasta dan individu yang prihatin dengan nasib mereka yang memerlukan.
"Majlis ini diadakan sebagai tanggungjawab sosial MPK tanpa pinggirkan kebajikan mana-mana golongan di kawasan pentadbiran dan operasi MPK," katanya lagi. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
30 minit yang lalu






