KUANTAN - Terminal Sentral Kuantan (TSK) di Bandar Indera Mahkota dengan keluasan 2,070 kaki persegi dijangka memulakan operasinya esok (1 Ogos 2013). Terminal yang menyediakan 400 petak letak kereta, 170 motosikal dan 40 untuk teksi, selain ruang tempat menunggu bas berhawa dingin untuk orang ramai. Terminal dua tingkat yang mula dibina pada Jun 2011 itu menyediakan 48 kaunter bas dan akan menggantikan Terminal Makmur yang dijadikan UTC Pahang bulan April lalu. Selain mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) terdapat juga kaunter-kaunter khas untuk Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta lain-lain agensi berkaitan.
[Dengan pembukaan Terminal Sentral Kuantan (TSK) ini, maka satu lagi mercu tanda baru akan terwujud di Kuantan sebenarnya. Ia bakal menggamit ribuan pengunjung terutamanya menjelang Hari Raya Aidil Fitri ini pastinya. Ini juga bermakna, operasi sementara terminal bas di kawasan parkir Stadium Darul Makmur juga berakhir hari ini. Semoga dengan pembukaan terminal bas baru ini, diharap dapat memberikan sedikit kelegaan kepada orang ramai yang sering menggunakan pengangkutan awam terutamanya bas ekspress dalam urusan kehidupan mereka. Lokasi terminal yang terletak di tepi jalan juga dijangka dapat menjimatkan masa dan memudahkan urusan syarikat bas. Kini, mereka tidak perlu lagi berada dalam kesesakan untuk mengambil penumpang di bandar seperti sebelum ini. Apapun, semoga TSK bakal menjadi kebanggaan buat warga Kuantan].








Tiada ulasan:
Catat Ulasan