script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peniaga Bazar Ramadan Terlibat Nahas Di Jalan Pekan !


KUANTAN - Debaran hati seorang isteri menunggu suami datang membantunya berniaga di tapak bazar Ramadan Beserah di sini menjadi petanda buruk apabila orang disayangi terlibat kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan, di sini, petang semalam. Kejutan yang diterima Hafizah Ezmi, 29, berhubung kemalangan menimpa suaminya, Hisham Azlan, 41, hampir membuatkan dia jatuh terduduk. Hafizah yang berniaga minuman di tapak bazar itu berkata, selepas diberitahu rakan berhubung tragedi menimpa suaminya, dia segera ke tempat kejadian dan ternampak van Nissan Vannete dipandu suami remuk dan masih terlekat di belakang lori. “Saya tidak dapat bayangkan nasib suami ketika itu namun apabila didekati, ada orang beritahu dia sudah dibawa ke hospital. Saya lega dia selamat namun tidak pasti dengan keadaannya sekarang,” katanya. Hafizah berkata, sebelum kejadian, mereka sudah membuka gerai namun diberitahu suami bahawa dia hendak pulang ke rumah sebentar. “Kira-kira setengah jam kemudian, saya dapat tahu dia kemalangan di lokasi tidak jauh dari Taman Indera Sempurna,” katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, Hisham yang memandu bersendirian dipercayai gagal mengawal van dipandunya lalu terlanggar tayar belakang sebelah kanan treler yang diletakkan di tepi jalan itu. Menurut saksi, Samsuddin Saad, 40, lori itu diletakkan di tepi jalan sementara pemandu dan kelindannya singgah membeli juadah di bazar Ramadan Indera Sempurna yang terletak di seberang jalan. “Kami (peniaga) di sini tidak sedap hati dengan tindakan pemandu meletakkan lorinya di kaki lima jalan di situ kerana boleh mengundang bahaya kepada pengguna yang lain. “Sangkaan kami jadi nyata apabila dikejutkan dengan dentuman kuat dari arah jalan sebelum ternampak van remuk dan terlekat pada bahagian belakang lori,” katanya. Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.