script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tengku Abdullah: Jangan Terpengaruh Fahaman Syiah !

 

JERANTUT - Umat Islam di negeri ini dinasihat tidak terpengaruh dengan fahaman Syiah kerana ajaran itu banyak mencetuskan perpecahan serta ketidakstabilan politik yang melanda Asia Barat. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, fenomena yang wujud di negara terbabit telah mengakibatkan pertumpahan darah serta menjejaskan kesejahteraan penduduk di sana. Baginda bertitah, ajaran Islam yang dibawa oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini tidak wajar dicampur dengan pegangan lain kerana boleh mengancam perpaduan serta melemahkan kekuatan penduduk dan keamanan negara. "Ajaran itu perlu kita tolak sekiranya wujud di negeri ini kerana boleh mengganggu kestabilan politik, perpaduan dan masyarakat Islam di sini. "Umat Islam yang kukuh dengan ikatan persaudaraan selama ini diminta mengelakkan diri daripada terjebak dengan ajaran tersebut yang akan memberi impak perpecahan sekali gus merosakkan akidah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah," titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan penduduk tempatan serta berkenan menyampaikan sumbangan kepada 150 orang golongan asnaf di Kuala Tembeling, di sini kelmarin. Yang turut hadir Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak dan Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Syed Ab. Mutalib Syed Hassan. Tengku Abdullah bertitah, umat Islam di negeri ini perlu menguatkan keimanan diri, keluarga dan masyarakat di samping perbanyakkan ibadah pada bulan Ramadan selari dengan ajaran Islam. "Ambillah kesempatan dalam bulan Ramadan ini untuk bermuhasabah diri dengan berlandaskan kekuatan iman dan takwa khususnya beribadat pada 10 malam terakhir. "Kewajipan itu perlu dipergiatkan menerusi program imarahkan masjid dan surau yang perlu babitkan lebih ramai remaja, belia dan semua lapisan usia dalam kalangan umat Islam," titah baginda. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.