MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron semalam telah menerima pingat 'Pemimpin Global dalam Khidmat Kemanusiaan' daripada Lions Clubs International atas sumbangannya membangunkan golongan belia di seluruh dunia.
PresidenLions Clubs International Barry J Palmer berkata Idris sebagai Presiden Perhimpunan Belia Sedunia adalah contoh pemimpin bagi belia di seluruh dunia.
"Kami mahu lebih ramai pemimpin seperti Idris dalam dunia yang mengiktiraf kepentingan membangunkan generasi muda kita bagi masa depan dunia kita, dan menghasilkan dunia yang lebih baik pada masa depan.
"Kami akan bekerjasama dengan beliau dalam usahanya membangunkan golongan belia dan juga menjadikan negeri ini sebagai tempat yang lebih baik bagi semua orang," katanya pada majlis penyampaian di Seri Negeri.
Palmer sampaikan pingat itu kepada Idris dalam satu majlis yang turut dihadiri Pemimpin Kawasan Lions Clubs Global Datuk Dr K Nagaratnam. Idris ucapkan terima kasih kepada Lions Clubs International atas pemberian pingat itu dan beliau akan meneruskan tugasnya membangunkan belia di seluruh dunia.
Lions Clubs International adalah sebuah pertubuhan yang dianggotai lebih 1.35 juta orang dengan lebih 46,000 kelab di seluruh dunia dengan pelbagai aktiviti seperti memberi cermin mata kepada kanak-kanak sehingga kepada hulur bantuan makanan bagi yang kurang bernasib baik. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
26 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan