script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Di Arah Pindah, Warga Emas Rela Tinggal Atas Pokok !!


KUANTAN - “Kadang-kadang saya fikir kalau dah nasib saya terpaksa keluar dari kawasan yang sudah didiami selama 27 tahun ini saya rasa lebih baik tinggal atas pokok sahaja." Demikian luahan seorang warga emas, Inin Mahmud, 73, yang hidup sebatang kara di pondok usangnya di Kampung Baru, dekat sini. Dia sudah tinggal di rumah tersebut yang dibina bersama arwah suaminya sejak 27 tahun lalu kini diarahkan keluar dalam tempoh terdekat bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan. “Saya sedih kalau terpaksa pindah kerana saya tak ada wang untuk membayar sewa rumah atau bilik. “Kalau tinggal atas pokok pastinya tak perlu keluar belanja untuk bayar sewa kerana saya memang tak mampu dan tak ada kerja,” katanya. Dia berkata demikian ketika rangka lawatan Adun Teruntum, Sim Chong Siong ke Kampung Baru. Menurut Inin, pendapatan bulanannya hanya bergantung kepada wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 untuk menyara hidup membeli kelengkapan dan makanan. Katanya, saban hari memikirkan nasibnya sekiranya betul rumahnya akan dirobohkan memandangkan sudah sebulan masa berlalu sejak diberitahu perkara tersebut namun dia masih belum menemui lokasi sesuai. “Kalau boleh saya memang tak mahu pindah jauh dari kawasan kampung ini kerana setiap dua minggu sekali saya akan berjalan kaki ke pasar untuk beli barang dan juga hospital untuk buat pemeriksaan kesihatan dan dapatkan bekalan ubat. “Biasalah orang tua, macam-macam penyakit ada jadi saya perlu ke hospital sebelum penyakit menyerang secara tiba-tiba, lagipun susah nak dapatkan pertolongan terutama pada waktu malam,” katanya. Sementara itu, Chong Siong berkata, siasatan akan diadakan untuk melihat sejauh mana pembangunan sama ada bangunan atau jalan yang akan dibina di kawasan tapak rumah tersebut seperti mana diberitahu Inin. “Jika perlu dirunding kami akan cuba berunding sama ada dengan pemaju atau Inin, mungkin juga kita akan dapatkan tempat perlindungan bagi warga emas yang sebatang kara seperti mana-mana rumah asnaf yang sesuai,” tambahnya.#sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.