MARAN, 31 Julai - Orang ramai menggesa pihak polis menjalankan siasatan yang rapi dan tidak menutup kes "lapan remaja rogol pelajar 14 tahun" yang berlaku di Bukit Kebuk baru-baru ini, biar pun ia melibatkan anak seorang pemimpin politik terkenal di bandar ini. "Kami difahamkan salah seorang suspek adalah anak pemimpin terbabit, yang cukup disegani di sini bahkan seluruh negeri Pahang. Malah, anaknya itu masih belajar dalam tingkatan lima di sebuah sekolah menengah agama di bawah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Mereka yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan tidak kira dia anak siapa pun. Saya mendapat maklumat ada usaha pihak tertentu untuk cuba melepaskan anaknya itu dari pertuduhan", kata seorang guru yang menghubungi PDO sebentar tadi. Apapun, kes ini mungkin masalah peribadi individu berkenaan dan tiada kaitan dengan keluarganya. Namun, ramai pihak yang melihat ia jelas sekali telah memalukan dan menjatuhkan imej pemimpin terbabit. Tambahan pula salah seorang ahli keluarganya kini sedang berada di landasan terbaik untuk menjadi pemimpin berwibawa di negeri Pahang. Siasatan lanjut PDO menyusul selepas ini.
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
29 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan