TEMERLOH - Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh cedera di lengan selepas ditembak ketika dalam perjalanan ke Jerantut, kira-kira jam 3.30 petang, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika Adnan Ahmad bersama kelindan lori dalam perjalanan menghantar makanan lembu ke PPK Jerantut.
Menurutnya, ketika tiba di simpang lampu isyarat ke Felda Jenderak di Kuala Krau, lori dipandu mangsa dilanggar sebuah kereta.
“Mangsa kemudian turun dari lorinya dan berbincang dengan seorang lelaki dan kedua-duanya kemudian menyelesaikan masalah itu dengan baik,” katanya.
Zundin berkata, mangsa meneruskan perjalanan menghala ke Jerantut sambil diekori kenderaan itu.
Menurutnya, mangsa beberapa kali beri isyarat kepada pemandu kereta supaya memotongnya tetapi tidak diendahkan suspek.
“Sebaik tiba di Kampung Masjid, suspek potong lori dipandu mangsa sambil lepaskan dua das tembakan yang kedua-duanya kena pintu lori," katanya.
Bagaimanapun Zundin berkata, salah satu peluru itu tembusi lengan mangsa sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk dirawat.
“Polis pandang serius kes ini dan akan menyiasatnya dibawah seksyen 307 Kanun Keseksaan cubaan bunuh,” katanya lagi. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
29 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan