SHAH ALAM - Seorang pegawai polis yang menghilangkan diri selepas disyaki terlibat dalam kes kematian tahanan dalam lokap, menyerah diri pagi tadi.
Laporan laman mikro Twitter Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dipetik sebentar tadi menyebut, Inspektor Hare Krishnan a/l K.Subramaniam telah menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Bukit Aman jam 10 pagi tadi.
Sebelum ini, usaha mengesan suspek dipergiatkan selepas tiga anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut didakwa di Mahkamah Majistret bulan lalu.
Hare Krisnan diburu selepas didakwa menyebabkan kematian N. Dharmendran di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei lepas.
Berikutan insiden itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan mengecam suspek.
"Dia telah jadi buruan polis dan diletak dalam senarai orang dikehendaki," katanya. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
26 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan