script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Saudara Baru "Tenang" Selepas Memeluk Agama Islam !!


KUANTAN – “Keinginan semenjak kecil untuk memeluk agama Islam akhirnya tercapai dan perasaan kini lebih tenang daripada biasa apabila suami menerima saya dalam hidupnya sekali gus membawa ke jalan ALLAH.” Demikian luahan saudara baru, Norhidayah Abdullah, 28, yang berasal dari Macau dan memeluk agama Islam sekitar November tahun lalu. Menurutnya, sekiranya dia tidak kuat semangat untuk memeluk agama Islam dan datang ke negara ini pada 2005, pastinya hingga kini dia masih beragama Buddha. “Semenjak kecil saya mahu memeluk agama Islam dan apabila menginjak usia 20-an sekitar 2005, saya mendapat tentangan hebat daripada keluarga membuatkan saya nekad lari ke Malaysia berseorangan. “Rata-rata kawan terdekat mencadangkan supaya ke Malaysia sekiranya ingin meneruskan niat, berikutan Malaysia dianggap negara lebih selamat dan mempunyai keteguhan dalam agama Islam,” katanya kepada Sinar Harian ketika majlis berbuka puasa bersama saudara baru anjuran Pertubuhan Kebajikan Malaysia (Perkim) di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, dekat sini. Norhidayah berkata, dia lewat memeluk agama Islam kerana terlalu banyak dugaan dan masalah ditempuhnya untuk mencari mereka yang benar-benar boleh membantu. “Walaupun saya datang secara sah, namun setibanya saya di sini, banyak dugaan ditempuhi termasuk hampir terjebak dalam maksiat. “Mujurlah saya berjumpa dengan suami (Nornajwa Nazri, 28) yang berjaya menyelamatkan saya dan membawa saya jumpa keluarganya untuk memberi peluang saya mendekati Islam,” katanya. Dia berkata, walaupun suaminya juga tidak mahir dalam agama Islam tetapi setelah berkahwin pada awal 2013, dia diberikan peluang yang cukup luas untuk mempelajari Islam. Nurhidayah berkata, tahun ini adalah kali pertama dia berpuasa dan bersyukur dapat menahan lapar dan dahaga. “Sememangnya pada mulanya rasa sedikit pelik tidak makan dan minum sepanjang bekerja tetapi saya faham dan menerima segala perintah ALLAH," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.