script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Timbalan YDP MUIP, Jangan Mudah Di Tipu Amil Palsu !!


KUANTAN - Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan memastikan hanya membayar zakat fitrah kepada amil yang diberi tauliah oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, orang ramai jangan mudah terpedaya dengan sewenang-wenangnya membayar zakat fitrah kepada individu yang mendakwa wakil yang dilantik Yayasan Wakaf bagi tujuan mengutip zakat. "Walaupun setakat ini tidak ada kes amil palsu dilaporkan di negeri ini, orang ramai diminta tidak membayar fitrah kepada orang yang mendakwa sebagai amil tanpa menunjukkan surat tauliah. "Ini kerana perbuatan tersebut bukan sahaja salah kepada penerima tetapi juga kepada pembayar kerana membayar zakat pada bukan yang hak," katanya kepada pemberita selepas hadir dalam program Ziarah Prihatin Pesakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini. Sebanyak 250 pesakit di hospital berkenaan menerima sumbangan kuih raya dan kerepek serta duit raya sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Menurut Wan Abdul Wahid, jika didapati bersalah individu yang menyamar sebagai amil boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 173 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982."Bagi mereka yang tidak membayar zakat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya mengikut Seksyen 171 enakmen yang sama," jelasnya. Dalam pada itu, katanya, Muip hanya meluluskan kebenaran mengutip derma kepada 10 individu atau pertubuhan untuk bina surau dan masjid.  #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.