BESUT - PAS menamakan ahli perniagaan, Azlan Yusof sebagai calon untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini.
Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Nail, di sini, Selasa malam.
Azlan, 48, yang lebih dikenali dengan panggilan 'Che Long' dikalangan masyarakat tempatan merupakan seorang kontraktor yang juga pernah memiliki sebuah stor kayu terkenal di daerah ini.
Azlan akan berhadapan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37.
Kedua-dua calon berkenaan merupakan calon muka baru bagi parti masing-masing.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
28 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan