IPOH - Umat Islam yang akan menyambut Ramadan mulai esok dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam jangan terkeliru sehingga menganggap majlis tazkirah itu sebagai amalan wajib sehingga boleh merosakkan amalan yang sunat.
"Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat. Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita buang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya (video).
Harussani diminta mengulas amalan tazkirah yang dilaksanakan oleh banyak masjid di seluruh negara pada malam-malam Ramadan dan lazimnya dilakukan di antara solat tarawih.
Kerajaan Negeri Pahang melalui Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad baru-baru ini keluarkan arahan melarang ceramah atau tazkirah semasa solat tarawih dan mana-mana masjid yang ingkar boleh dikenakan tindakan.
Alasannya, supaya solat tarawih tidak diganggu dengan penganjuran ceramah atau tazkirah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam reaksinya berkata keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang itu adalah berdasarkan perspektif negeri itu dan selaras bidang kuasa kerajaan negeri.
Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam pada itu sifatkan langkah tersebut tidak wajar dan lebih sebagai satu tindakan politik dan bersedia beri khidmat bantuan guaman kepada penceramah yang dikenakan tindakan.
#sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
30 minit yang lalu







semak sungguh ada tok peti yg tak reti macam harus.....ni.
BalasPadamSerabut punya mufti...
BalasPadamUsah sibuk tentang isu lama...cuba tengok2 masalah sosial penganut Islam Melayu yang makin teruk skarang...Itu belum tengok masalah dunia Islam lagi. Senang cerita, kalau telinga tu x tahan dengar tazkirah, boleh gi masjid lain. Kalau bleh cari yg tok imam amano lagi cepat habis sembahyang..
BalasPadamLagi senang tak payah tazkirah,tak payah selawat rekaan antara solat terawih.Biar kembali ke asal yg Nabi bawa-ia lebih sakinah!Tenang, damai dan mesra!
BalasPadamApa yang nak kecoh-kecoh pasal tazkirah ni?? Org yang tak solat tak nak ambil tahu.. Kalau rasa tak nak dengar pegi cari masjid @ surau yang tak buat tazkirah, abis cerita. jangan buat serabut..bodoh punya melayu..kau org ada tengok hindu dengan buddha @ lain-lain agama kecoh pasal agama mereka ker??? Bodoh semuanya..
BalasPadam